Monday 13 June 2011

Selamat Bertemu, Jeton!

Perjalanan dari KLIA ke Istanbul memang memenatkan.Tak kuasa kata orang.Tapi semangat untuk berkelana di bumi Uthmaniyah melebihi segalanya. Tiba di Atatürk International Airport jam 1735. Waktu masih awal, tetapi hari semakin gelap.Sejuknya mencengkam tulang.Bayang orang Malaysia tidak kelihatan (kalau nak jumpa orang Malaysia, baik duduk Malaysia je kan?). Kebetulan, Mescit terletak berhampiran di pintu keluar pesawat. Tanpa berlengah, terus ke Mescit untuk menunaikan solat. (oh, di Turki Mescit = Musolla manakala Masjid adalah Camii – sebut Jamii)


Ikindi? Aksam? Yatsi? Sudah…..Aku dan Zaki pening kepala. Nak solat apa ni? Dengan menggaru-garu kepala, bertanya kepada pemuda Turki yang kebetulan turut berada di dalam Mescit. “ Errr…excuse me brother, what is Ikindi? Aksam? Yatsi?” Yaaaa..bermulalah itik dan ayam berbicara. Bahasa universal sudah pasti. Seorang berbahasa Turki, dua orang lagi buat-buat bercakap dalam bahasa arab..Maghrib? Isya’? Asar? (haha kira Arab Komunikasi la kan) Setelah kemusykilan terlerai, solat disempurnakan dengan penuh yakin, tanpa was-was. Sehelai kalender solat hari yang lepas disimpan untuk rujukan sepanjang kelana.
Tanduk Emas dan Menara Gelata dimana Hezarfen Ahmet Celebi adalah manusia pertama terbang merentasi Tanduk Emas dan tiba di Uskudar
 
 
Selat Bosphorus, memisahkan Benua Asia dan Eropah, menghubung Laut Hitam di utara, Laut Marmara di Selatan

Urusan pengesahan paspot berjalan lancar. Rupanya pelancong dari Malaysia tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan Visa On Arrival (VOL).Alhamdulillah. Mungkin kerana hubungan yang baik antara kerajaan Erdogan dan Malaysia telah memudahkan urusan dua hala.Attartuk International Airport ini terletak agak jauh dari kawasan SultanAhmet, di mana Masjid Biru terletak. Bagaimanapun untuk kali ini, destinasinya adalah ke Otogar, di mana pusat bas terletak. Kami akan bertolak ke Cappadocia malam ini juga. Meninggalkan Istanbul buat sementara. Save the best for the last.

Ayasofya Muzesi, dari Gereja kepada Masjid, kemudian ditukar kepada Muzim oleh Attartuk (T.T)
 
Sultan Ahmet Camii (Blue Mosque). A view from Hagia Sophia’s Window

Kiz Kelesi. Lagenda mengatakan Seorang Puteri Sultan mati dipatuk ular di sini

Tiba-tiba, Jeton berada di hadapan kami. Aku dan Zaki panik. Alamak-alamak nak buat macam mana ni? Jeton terus merenung kami. Kami pun, tidak mahu mengalah - merenung Jeton sambil berusaha untuk memahami dirinya. Jeton terus tidak bersuara. Kami pening kepala. “Can I help you?” tiba-tiba kami disapa. Seorang pemuda Turki (kenapa tidak gadis bermata biru?) yang baik hati cuba membantu. Lantas, kami bertanya. “Macam mana nak guna mesin ni abang? Nak pegi ke Otogar!” Fuh akhirnya Jeton berkata-kata. Kami menuju ke Otogar menaiki tren dengan hebatnya.
Jeton, bukan lah makcik Jeton ataupun Jeton Sameon. Beliau hanya menjual token tram(credit:Pakcik Tom)


Kapadokya,next!