Sunday, 10 July 2011

Rockin' K.A.P.A.D.O.K.Y.A

Kapadokya, Pertemuan Terindah.

Sebelas jam, itu adalah masa sepanjang perjalanan ke Kapadokya dari Istanbul melalui Ankara. Tidur sepanjang perjalanan tidak membuatkan ada menyedari apa yang ada disekeliling.Malam lagipun.Sampai sahaja waktu pagi, salji di mana-mana! J Setibanya kami tiba di stesen bas Bandar Nevsehir, Brother Khan menjemput kami ke tempat beliau. Oh, agensi pelacongan tempatan rupanya. Mulanya agak keberatan untuk menyertai pakej yang disediakan, kerana mengikut perancangan, Kapadokya hanya untuk seharian sahaja kerana Bandar Konya menanti. Lama juga kami termanggu-manggu disitu untuk membuat keputusan. Siap dipelawa oleh Bro Khan secangkir teh Turki (alaaa nak bodek la tu..).Teh uncang LIPTON! (ala LIPTON je?) Perancangan diubah, Kapadokya untuk dua hari satu malam.

Göreme Panoramic View (photo credit: Denise)
 
Ini adalah salah sebuah hotel di bandar Göreme. Ya pengunjung akan mendiami bilik-bilik seperti gua the Flinstones (photo credit: Denise)

Kapadokya adalah bandar batu (Rock Town). Terletak di tengah-tengah negara Turki, ia mempunyai sejarah yang amat panjang (sila wiki untuk lebih lanjut). Apa yang menarik perhatian kami untuk menjelajah bandar ini adalah kerana bentuk muka buminya yang unik dan jarang-jarang kita lihat. Pernah menonton rancangan kartun the Flinstones? Ia sangat mewakili bandar ini. Penduduknya tinggal didalam rumah batu termasuk juga gereja-gereja. Oh gereja-gereja itu kebanyakannya tidak aktif kerana majoriti penduduknya sekarang adalah muslim. Dikhabarkan juga pada zaman Utsmaniyah dulu, orang-orang kristian melarikan diri dan tinggal di gua-gua batu di sini.

Bandar Göreme ‘hidup’ pada masa kini hanya kerana pelancongan. Satu lagi hotel batu (photo credit : Denise)

“ Harap kita buat keputusan yang betul la ye “ rasa skeptik terhadap pakej yang kami ambil belum reda. Van meluncur laju membelah dataran salji yang berada di kiri dan kanan jalan. Kami tiba di sebuah hotel, di mana terdapat beberapa orang yang turut lain menyertai pakej ini. Seorang gadis berkulit putih, bermata sepet berjalan dari pintu hotel menghala ke arah kami. “Orang China atau Korea barangkali” ujarku didalam hati. Gadis itu kini bertentang mata dengan kami; ”Orang Malaysia ek?” gadis menyapa. Ceh! Orang Malaysia rupanya. Kami melonjak gembira (dalam hati) kerana bertemu dengan rakan sengara. Malu sendiri tidaklah mengapa. Denise, seorang yang berperwatakan ceria, mengembara ke Turki seorang diri (berani sungguh amoi ni), bersamanya Aiman dan Ami dua orang pelajar Malaysia bidang perubatan di Mesir menghabiskan masa cuti musim sejuk (lari dari kekacauan Hosni Mubarak sebenarnya) di Turki. Selain itu, terdapat juga beberapa pelancong dari China dan Korea Selatan.

Isn’t that gorgeous? (photo credit : Denise)

Jadi perjalanan kami berlima diteruskan dengan melawat tempat-tempat yang menarik, antaranya:
  • Underground city: Bandar bawah tanah yang lengkap dengan segala-galanya untuk hidup. Dapur, bilik senjata, bilik tidur, gereja. Pintu pun diperbuat dari batu!
  • Caravanseri. Tempat persinggahan untuk pedagang-pedagang di sepanjang Laluan Sutera yang terkenal itu.
  • Esentepe Panoramic View. (Kawasan ambil gambar lompat-lompat)
  • Ihlara Valley. Tempat ini sangat cantik!
  • Nar Lake. Tasik yang asalnya adalah sebuah kawah gunung berapi!

Kervansarayi. Ini adalah tempat persinggahan untuk para pedagang berehat. Di sepanjang laluan sutera (the Silk Route) terdapat beratus-ratus tempat persinggahan seperti ini. Laluannya amat panjang, menghubungkan Turkmenistan (Xinjiang, China) hingga ke bandar Bursa di Turki. Pernah dengar lagu Kitaro; Caravanserai? Ya, inilah bangunan yang dimaksudkan!  (photo credit : Denise)

Jumaat yang tak dapat dilupakan!

Namun, ada satu peristiwa yang agak ganjil berlaku kepada kami pada hari itu yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu di Kervansarayi, terdapat sebuah masjid terletak bersebelahan. Sangat sempurna untuk kami menunaikan solat Jumaat yang pertama di bumi Turki ini. Kedengaran Khutbah pun sudah berkumandang. Setelah menggigil kesejukan berwuduk, lantas saja menuju masuk ke masjid tanpa menghiraukan pemuda-pemuda Turki yang masih melepak di luar kawasan masjid.”Ohh rupanya orang Turki ni pun sama macam orang Malaysia, bila orang dah nak mula sembahyang baru masuk masjid” kata hati kecilku sambil terbayang anak-anak muda melepak di atas motorsikal kapcai di tanah air.

Bolos saja pintu masjid itu, aku terus duduk berdekatan heater yang terletak di tengah-tengah masjid. “Eh? Takkan depa dok dengar khutbah ikut kaset je?” Aku merungut sendirian. Tetapi kerana bersangka baik, aku berlapang dada. Ini mungkin caranya di Turki. Lagipun semua orang khusyu’ mendengar, aku taat menuruti cara di sini. Setelah keset dimatikan, azan berkumandang dan semua jemaah ke saf hadapan dan bersolat.

“Oh dah solat Jumaat la ni” getusku.

Salam kedua diberi, solat Jumaatku selesai. Seorang pemuda bermuka putih bersih naik ke mimbar dan mula berbicara dalam bahasa Turki. “ Laaaaaa….baru nak start khutbah ke????????? Abis yang kaset tadi tu ape??? ”. Rupanya di Turki ni mereka rajin juga pasang ceramah agama sebelum Jumaat macam di Malaysia. Bagaimana pula dengan Zaki, Ami dan Aiman? Mereka sekapal saja sepertiku. 

Apa nak buat, nak bertanya orang lain semasa kaset dipasang; tak boleh kerana disangka tengah berkhutbah.Lagipun sukar sekali untuk berjumpa orang Turki yang boleh berbahasa Inggeris. Kesimpulannya:
* Khutbah dalam kaset bukanlah cara orang Turki ye adik-adik
* Malu bertanya, solat Jumaat dua kali!
* Janganlah terbayang anak-anak muda diatas motor kapcai sewaktu khutbah jumaat semasa di negara orang.

Esentepe Panoramic View Point. According to Bro Khan, the top right of this photo was the location of Star Wars movie. The actual panoramic view was way better than this photo though. Allah Almighty! Your eyes are actually way way way better than a DSLR.

Ihlara Valley. Dahulu kala orang-orang Kristian melarikan diri dari orang Rom dengan bersembunyi di Lembah Ihlara ini. Terdapat berstus-ratus Gereja lama didirikan didalam batuan gunung berapi di lembah ini.
 
Cantikkan? Ihlara Valley
from left:denise,peter,moon,zhen,shirley,aiman,zaki

To be continued.....Kapadokya 2.0? (Yes, i'll stick to the blog's format and leave the penyapu 2.0 on a different field)

No comments:

Post a Comment