Tuesday 29 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Tahun ini, genap seribu empat ratus tiga puluh tiga tahun yang lalu hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Bersama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, perjalanan bersejarah baginda tercatat merentasi masa di seluruh dunia. Baginda berjaya melepasi kepungan kaum Quraisy Mekah di sekeliling rumah baginda yang berniat untuk membunuhnya. Keberanian Saidina Ali Karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur baginda juga merupakan salah satu faktor kejayaan penghijrahan ini.


Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat (Yasin:9)


Setelah itu,baginda ke rumah Abu Bakr dan seterusnya berlindung selama tiga hari di Gua Thur sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Madinah.Kisah labah-labah dan ketabahan Abu Bakr R.A menahan patukan haiwan berbisa bagi melindungi Nabi S.A.W wajar dijadikan tauladan kepada kita semua. Tidak dilupakan juga Suraqah yang berusaha mengejar Nabi S.A.W dan Abu Bakr tidak berjaya mendekati kerana kudanya secara tiba-tiba terhenti dan enggan bergerak. Sesungguhnya Nabi S.A.W insan pemaaf.Quba seterusnya menjadi tempat perhentian nabi dan disinilah tempatnya masjid yang pertama di dunia didirikan.

 Konstantinopel

Namun tentunya ramai yang tidak mengenali seorang sahabat Nabi S.A.W yang turut memainkan peranan yang penting dalam proses hijrah ini. Unta tunggangan Nabi S.A.W berhenti dikawasan yang di diami Abu Ayub Al-Ansari yang menjadi tempat tinggal pertama Nabi S.A.W di Kota Madinah. Abu Ayub Al-Ansari bukan sebarang orang Ansar. Beliau mempunyai pertalian darah dengan nabi dari sebelah ibu baginda. Jikalau anda ke Istanbul, maka anda wajib melawat ke makam Abu Ayub Al-Ansari!

 Gerbang Eyup Sultan Camii
 Jom melawat makam sahabat!

Eh, macam mana pula makam Abu Ayub Al-Ansari ini boleh berada di Turki? Satu jarak yang melebihi 3400 kilometer dari Madinah! Masih ingat lagi satu hadis nabi tentang Konstantinopel, sebaik-baik penakluk dan sebaik-baik tentera? Ya, atas hadis nabi inilah umat Islam tidak putus-putus berusaha untuk menakluk Konstantinopel untuk memperoleh ganjaran seperti yang disebutkan Nabi S.A.W. Abu Ayub Al-Ansari juga tidak terkecuali.

Saat itu, kepimpinan Islam Bani Umaiyah diterajui khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan dan serangan ke atas Konstatinopel diketuai anaknya Yazid. Abu Ayub Al-Ansari yang sudah tua dan berumur lebih 80 tahun tetap mahu berjuang untuk merebut ganjaran yang dijanjikan nabi. Beliau pernah berkata

Kubur Abu Ayyub ditemui oleh guru Al-Fateh, Syeikh Aaq Syamsuddin sejurus penaklukan Konstatinopel
“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”

Atas sebab ini juga beliau yang jatuh sakit meminta untuk disemadikan di tembok sempadan Konstatinopel;

 Sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera
"Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel".  

Mula-mula pelik jugak kenapa pokok ni berpagar dan orang dok keliling baca doa dan menatap sungguh-sungguh. Rupanya inilah pohon yang dikatakan tempat asal Abu Ayyub dikebumikan.

Akhirnya beliau gugur syahid dan bersemadi di bawah sebatang pohon berdekatan dinding kota Konstatinopel. Lebih lanjut kisah beliau ada di SINI (tapi tak pasti kesahihan kisah..)


Eyup Sultan Camii was the first mosque built after the conquer of Konstatinopel by Sultan Muhmmad Al-Fateh.
Makam Abu Ayyub Al-Ansari terletak bersebelahan dengan masjidnya yang terletak di kawasan Eyup. Ia mengambil masa lebih kurang 5-10minit menaiki bas dari stesen bas jeti Kadikoy. Sekeliling kawasan agak sesak dengan pengunjung yang berpusu-pusu menziarahi makan. Perlu beratur dan bersesak sesak dengan warga tempatan untuk memasuki kompleks makam yang hanya dapat anda melaluinya (tak boleh berhenti berjalan sebab ramai sangat melawat). Terdapat beberapa orang warga emas yang bersungguh-sungguh membaca doa semasa ziarah. Saat paling tak boleh lupa : seorang pakcik memarahi makcik-makcik turki yang lain (termasuk aku?) . Marah yang bersungguh sebab kami membelakangkan makam (punggung menghadap makam) sewaktu beredar dari kompleks. Siap suruh kami berundur dengan gaya mengadap sultan J Begitulah tingginya penghormatan terhadap sahabat Nabi Muhammad S.A.W ini.Aku malu.

 Melawat makam sahabat nabi muhammad s.a.w
This is Eyup!

Di luar kawasan masjid terdapat sebuah dataran dimana penduduk tempatan mengambil kesempatan bersantai. Kawasan ini juga terdapat deretan kedai yang menjual barang-barang keperluan keagamaan seperti Al-Quran, tasbih, kopiah, telekung, tudung dan bermacam-macam lagi. Makam Abu Ayyub Al-Ansari adalah tempat yang paling tenang dirasai sepanjang berada di Turki. Ibrah kisah Abu Ayyub Al-Ansari : Janji Allah dan RasulNya itu benar, and It’s better die trying than do nothing!

Sumber:
1. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniya – Dr Muhammad Ash Shalabi
2. Ar-Raheequl Makhtum – Saifur–Rahman Al Mubarakpuri
3. Muhammad al-Fateh- Penakluk Konstantinopel - By Abdul Latip bin Talib

No comments:

Post a Comment