Thursday, 27 October 2011

Dari Sultanahmet ke Besiktas dan Taksim!

 Moh pegi istana orang kaya!
Agak awal kami keluar pagi itu. Penjelajahan kota bersejarah Istanbul masih diteruskan. Untuk kesekian kalinya, kami masih berada di bahagian Eropah kota Istanbul.Pengalaman menaiki Trem dari stesen Sultanahmet pada waktu pagi memang menyamankan. Tren yang tidak berapa sesak terus bergerak dengan kelajuan sederhana merentasi Jambatan Gelata yang merentasi Tanduk Emas menuju ke stesen Kabatas di mana kami akan berhenti. Dari sana kami menapak menuju ke destinasi yang ditunggu-tunggu, Istana Dolmabahce di dalam kawasan Besiktas.
Hebatnya, boleh panggil askar duk dekat meriam.keh3
Super impressive..padahal pagar rumah je...
Entrance to the palace
Kenapa melawat Istana Dolmabahce (nama pun jalan2, suka hati kawe la)? Sebenarnya istana ni merupakan pusat pemerintahan Khilafah selepas Istana Topkapi. Kenapa tak pakai Istana Topkapi je? Sebenarnya Istana Topkapi sebuah istana yang sederhana sahaja, manakalah Istana Dolmabahce ni istana yang mewah, dihiasi dengan perhiasan yang mahal dan mempunyai rekabentuk dari barat. Jadi kenapa nak kena ada juga Dolmabahce yang mewah? Sebabnya pada ketika itu, Khilafah Uthmaniyah mula berada dalam era kejatuhan, mempunyai hutang yang banyak dan tidak lagi mempunyai pengaruh yang besar terhadap musuh-musuhnya (i.e Eropah). Jadi, untuk membuktikan yang Khilafah masih kuat, istana ini diarahkan pembinaannya oleh Sultan Abdul Majid I pada tahun 1843-1856. Istana ini menelan belanja 5 juta Pound Emas Uthmaniyah pada waktu itu, bersamaan 35000 kilogram emas. Untuk bahagian hiasan dalamannya sahaja telah menelan belanja 14000 kilogram emas (super membazir!). Sesungguhnya sultan-sultan pada akhir era kegemilangan khilafah tidak lagi mempunyai jiwa seperti para sultan yang terdahulu dan ini adalah antara penyumbang terbesar keruntuhan khilafah. Istana ini menjadi kediaman rasmi para sultan kerajaan Uthmaniyah dari tahun 1856 hingga lenyapnya khilafah pada 1923. Bagaimanapun, hanya terdapat seorang sultan yang masih berjiwa tawaddu’ iaitu Sultan Abdul Hamid II yang memilih untuk tinggal di Istana Yildiz yang jauh sederhana berbanding Istana Dolmabahce pada tahun 1889-1909. 
Seperti biasa, dari pintu masuk lagi mestilah sudah bergaya sana sini mengambil gambar. Maklumlah, nak masuk rumah orang kaya.Hu hu. Seperti istana-istana lain, Istana Dolmabahce kini menjadi sebuah muzium dan bayaran 20 TL dikenakan seorang untuk sekali masuk. Denise yang tak ada langsung idea tentang istana ini hanya mengikut sahaja. Namun, sebaik sahaja memasuki bahagian dalam istana dia jadi super excited! Tak putus-putus cakap terima kasih sebab berjumpa dengan kami dan bawak tempat-tempat yang best :P (cewah!). Ok, apa yang ada dalam istana ni? Nama pun istana, mestilah tempat tinggal sultan dan anak beranak.



Di dalam istana ini,  lawatan dikendalikan secara berkumpulan yang diketuai seorang pemandu pelancong. Istana ini menempatkan bilik kediaman untuk setiap putera dan puteri sultan, isteri-isteri sultan dan juga kediaman khas untuk sultan. Secara mudahnya ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian untuk kerabat sultan yang dipanggil harem, bahagian untuk upacara rasmi kerajaan dan juga bahagian yang dikhaskan untuk golongan lelaki. Hiasan dalamannya sememangya diilhamkan dari Eropah yang sangat mewah. Di bahagian dewan utama yang menerima ketua-ketua kerajaan negara asing terdapat sebuah lampu chandelier yang amat mewah. Lampu ini merupakan yang terbesar dan yang terberat pada zamannya. Lampu buatan England ini pada masa kini tidak dihidupkan pada waktu-waktu biasa kerana memakan tenaga yang banyak. Ia hanya dihidupkan apabila terdapat tetamu kerajaan luar negara. Haaaa tu la, membazir lagi kan...
Ni lah lampu chandelier itu

 The death bed of Attartuk
(p/s: gambar interior ini diciplak dari internet.apa nak buat, tak boleh tangakap gambar interior masa lawatan)

Lepas tu, dapat juga kami meninjau Attartuk’s room. Iye kawan-kawan, setelah khilafah dihancurkan mestilah si Attartuk pun nak merasa kemewahan duduk di istana juga kan? Sigh..Di dalam bilik ini terdapat katil dimana Attartuk menghembuskan nafas yang terakhirnya dan katil tersebut kini dibalut dengan bendera turki sebagai tanda penghormatan kepada beliau. (p/s: rakyat turki moden amat menyanjungi Attartuk, jangan cuba-cuba nak kutuk depan dia orang yang sekular ni, kalau tak....tapi bagi rakyat yang mempunyai roh Islam amat membenci beliau kerana telah melenyapkan khilafah dan melakukan pelbagai kerosakan selepasnya)
Kenapa nak kena ada fountain jugak?

Exit gate
Istana Dolmabahce ditinggalkan dengan penuh pengajaran. Seteleh selesai solat, kami bergegas pula ke Taksim, bahagian Istanbul yang moden. Sempat juga la sesat naik turun bukit. Taksim ni tak dak apa yang special sangat pun. Cuma ada monumen askar, ada trem yang merentasi jalan dan juga terdapat sebatang jalan ala-ala La Ramblas di Barcelona. Di kiri kanan jalan penuh dengan kedai pakaian, restoran, kedai buku dan macam-macam lagi. Entah kenapa, ramai sungguh orang kat jalan ni, berpusu-pusu tak putu-putus.Entah dari mana dan nak kemana. Jalan yang ramai orang ni bersambung terus ke jambatan Gelata, dan di tengah-tengah jalan anda akan terjumpa dengan menara Gelata. Menara Gelata ni memang banyak sejarahnya. Antara sejarahnya yang menarik, pernah dicatatkan seorang mamat berani mati bernama Hezarfen Ahmed Celebi berjaya terbang merentas Tanduk Emas dari menara ini dan selamat sampai di bahagian Uskudar di seberang.Sejuah mana kebenarannya tak dapat dipastikan tetapi ada seorang duta negara asing pada masa itu penah mencatatkan kisah ini.
The most beautiful stadium in the world is Besiktas Inonu Stadium! - Pele

This is TAKSIM
Nak pi mana ramai-ramai ni weiii

Taksim Trem

Galata Tower
Penat berjalan, makan malam kami pada hari itu adalah Belek ekmek di tepi Tanduk Emas. What a view! Kemudian, langsung ke Misr Bazaar. Bazaar ini lebih kecil dari the Grand Bazaar tapi masih tempat yang terbaik untuk membeli belah kerana harganya yang lebih murah berbanding ’Bazar Besar’. Walaupun barangnya terhad kepada rempah, lokum (Turkish delight), kopi, teh, dan cenderahati tetapi peniaganya lebih mesra dan lebih jujur kepada pelanggan. Jujur bermaksud setiap barang yang dijual mempunyai tanda harga dan anda boleh tawar menawar untuk mendapat belian yang menang-menang. Sempat juga beramah mesra dengan seorang penjual (sory abe, kawe lupo namo demo) yang berbangsa Kurdis. Orang Kurdis adalah bermazhab Syafii seperti kita di Malaysia, manakala majoriti muslim di Turki bermazhab Hanafi. Untuk pengetahuan anda, bangsa Kurdis adalah bangsa yang hebat namun akibat percaturan barat, negara Kurdistan mereka terpecah menjadi minoriti di negara seperti Turki, Iraq dan Iran. Antara tokoh Islam berbangsa Kurdis? Salahuddin al-Ayyubi!

Mengail dengan ayah kurasa bertuah, pulang sebelum hujan,sebab kami ada kawan...bernama....

Belek Ekmek

Pasar ikan fresh tepi Golden Horn

Goreng pun sodap


 Misr Bazaar

You are my first Kurdish prennnn agbey!

Namun walau apa pun yang telah kulalui sebelum ini, tidak dapat mengatasi peristiwa yang berlaku pada malam ke 11 perjalananku di bumi Uthmaniyah yang penuh hikmah. Masjid Suleymaniye pada malam itu menjadi saksi, pencarian seorang hamba kepada penciptanya mencapai kemuncak. Usai melaksanakan solat di masjid yang paling indah di Istanbul ini, sayup-sayup dari belakang aku terdengar tangisan seorang hamba yang mendambakan kasih daripada penciptanya. Sememangnya gadis itu telah menemui apa yang dicarinya selama ini. Seindah masjid tercantik istanbul karya arkitek Mimar Sinan tidak dapat mengatasi keindahan peristiwa yang kusaksi pada malam itu.

Masjid Suleymaniye
Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (Al-Qasas:56)

1 comment:

  1. Sila approve comment ini (^_^)v

    bila nk update story baru pakcik??

    ReplyDelete