Istanbul, hari ke-9. Bas yang kami naiki dari Bursa tiba di Istanbul Otogar jam 4 pagi. Iya, jam 4 pagi dan yang menariknya,bas ini turut menaiki feri merentasi Laut Marmara untuk memendekkan masa perjalanan. Aku hanya sedar semasa bas mula-mula hendak masuk ke dalam feri. Kemudian, mata terus tidak tertahan disebabkan keletihan yang maha dahsyat, ditambah kecederaan bermain ski dijadikan alasan kuat untuk tidur macam gajah.Mencari hotel yang murah pada pukul 4 pagi bukanlah perkara yang ’cool’. Jenuh mencari hotel yang dimaksudkan di internet. Marmara Guest House, sampai ke sudah tak jumpa.Entah apa-apa (masih bengang, ha ha). Apple hotel pun boleh lah, asalkan boleh tidur. Kroghhh.
Ok, hari ke10 adalah hari Jumaat. Hari ini amat bermakna kerana buat pertama kalinya akan menjejak ke Hagia Sophia, sebuah Gereja pada zaman Raja Konstantinopel dan kemudiannya ditukar fungsinya kepada sebuah masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, semasa pembebasan Konstantinopel dari tangan Kristian.Konstatinopel yang merupakan bekas pusat Empayar Rom Timur kemudian ditukar kepada Islambul atau Istanbul pada hari ini. Kejadian ini berlaku kira-kira 558 tahun dahulu, rasa tak lama kan? Untuk masuk ke sini, bayaran 20TL dikenakan bersamaan RM40. Hanya aku dan Zaki memasuki Hagia Sophia kerana Denise sudah mengunjunginya pada hari peratama dia tiba di sini (time ni dia pegi mana ek?).
Konstatinopel - Watch out the chain across the Golden Horn!
Deklarasi Attartuk dan menteri-menterinya yang menukar Aya Sofya dari masjid ke muzium!
Sememangnya ramai pelancong sangat berminat mengujungi tempat bersejarah ni. Ada dari Korea, Jepun, Iindia, dan Eropah (terjumpa juga dengan seorang makcik dari Malaysia yang menziarahi Hagia Sophia masa itu). Dari pintu masuk terletak tinggalan yang merupakan ’perkuburan’ kuno dari zaman Greek kalau tak silap. Pintu masuknya yang besar membuatkan anda berasa kecil dan melambangkan kehebatan manusia-manusia yang hidup pada zaman tersebut. Dari ruang legar anda akan mendapati lukisan yang menunjukkan bagaimana Konstantinopel pada zaman Kristian dan juga ditunjukkan laut Golden Horn dirantai untuk menghalang kapal musuh dari mengancam kota ini. Terdapat juga lukisan yang menggambarkan keadaan Hagia Sophia yang berfungsi sebagai masjid hasil usaha Sultan Muhammad al-Fateh serta tenteranya yang beriman. Tidak ketinggalan juga dipaparkan surat yang bertandatangan Attartuk dan juga menteri-menterinya (termasuk Ismet Inonu) yang membuat deklarasi menukarkan Hagia Sophia dari masjid ke muzim. Perkara ini amat mengecewakan umat Islam hingga ke hari ini.
Interior
Sebaik saja melangkah ke dewan utama, suatu perasaan yang aneh menjelma diri. Antara rasa aman, tenteram, kagum, kecewa semuanya menyentuh diri. Di dalamnya terdapat mimbar dan ruang solat untuk imam dan juga ruang untuk mua’zzin. Terdapat juga papan tanda besar berbentuk bulat yang tertera nama Allah, Muhammad (S.A.W), Abu Bakar, Ali, Umar dan Usman. Pada dinding-dinding dan siling Hagia Sophia ini juga masih terdapat lukisan-lukisan berunsur Kristian (Virgin Mary, Jesus,etc) yang kini dianggap sebagai sejarah yang penting bagi Hagia Sophia. Cahaya matahari yang memasuki dewan utama melalui tingkap-tingkap di seluruh bangunan ini menambahkan keindahan bangunan ini.
The Blue Mosque
Ablution area for men
Blue Mosque : After friday prayer
Selesai Hagia Sohpia, kami bergegas-gegas ke Masjid Sultan Ahmad atau lebih dikenali Masjid Biru. Mau tak excitednya mike, dulu-dulu teman dapat tengok je masjid ni dalam tv. Lebih tepat lagi dalam cite Jejak Rasul. Masa tu teman kecik lagi, darjah lima kalau tak silap. Scene paling tak boleh lupa bila depa tayang gambar bahagian dalam masjid, kemudian explain yang zaman dulu-dulu pakai pelita / lilin. Asap (karbon) dari pelita / lilin tu depa kumpul banyak-banyak dalam satu bilik, kemudian pakai karbon tu untuk buat tulisan Khat dalam masjid. Super Genius!Eh, kenapa cakap perak ni yeop? (tengah tengok cite ROCK mamat khalid time tulis ni yeop). Ghamainyaaa orang masa solat Jumaat di sini..Paling tak tahan, tempat amik wudhu’ kat luar jadi terketor-ketor la teman amik air sembahyang- sojukkkkk. Sesungguhnya tidak pernah diimpi teman dapat mengunjungi masjid ini, apatah lagi bersolat Jumaat di dalamnya. Alhamdulillah. Sememangnya perancangan Allah mengatasi pengetahuan hambanya.
Jam Matahari
Gambar kredit to Denise
Sebelah petangnya, kami berkumpul kembali dengan Denise (dia pegi mana sebenarnya??). Destinasi seterusnya adalah Istana Topkapi (Topkapi Sarayi). Topkapi Sarayi ini adalah destinasi wajib bagi mereka yang ke Istanbul. Kenapa? Istana ini merupakan menjadi pusat pemerintahan Khilafah Utsmaniyah yang hebat itu.Pembinaannya bermula 1459 dan menjadi pusat pemerintahan hingga tahun 1856.Saiznya mencecah 600,000 meter persegi menempatkan tempat bersemayam sultan dan keluarganya, bilik mesyuarat, taman-taman, kilang roti, masjid dan juga hospital. Pada masa kini ia dijadikan sebuat muzium dimana tersimpanya kereta kuda dan kenderaan sultan. Tersimpan juga hadiah-hadiah dan hiasan hiasan batu permata, emas, golok dan pelbagai lagi barang mewah dihadiahkan kepada sultan-sultan dari kerajaan seperti Parsi, kerajaan Mughal India, kerajaan British dan juga dari Kaiser Willem dari Jerman. Paling menarik, terdapat sebuat ruang pameran yang turut menyimpan janggut dan tapak kaki kanan Nabi Muhammad SAW, tongkat Nabi Musa, serban nabi Yusuf, pedang para sahabat serta pelbagai lagi yang sudah tentu membuatkan anda berasa teruja. Lebih 3 jam berada di istana ini, itupun anda berasa tidak cukup puas. Bayaran 20TL yang dikenakan memang berbaloi!
Topkapi Sarayi overlooking the Golden Horn
Penat sudah.. (thanks denise for the snap)
Topkapi Sarayi
Ok bersambung lagi.
No comments:
Post a Comment