Saturday, 13 August 2011

Aya Sophia dari Gereja ke Masjid ke Muzium!

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq maksudnya : “Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis riwayat Imam Ahmad.


Pada tanggal 29 Mei 1453M, Sultan Muhammad al-Fateh dan para tenteranya berjaya menakluk Konstantinopel seperti hadis Nabi Muhammad S.A.W yang masyhur kira-kira 800 tahun sebelumnya. Sesungguhnya janji Allah dan para nabi adalah benar!. Sultan Al-Fatih segera menuju ke Gereja Aya Sophia. Sultan meminta pada pendeta untuk menenangkan orang-orang yang berada di dalam gereja dan mereka diperintahkan pulang segera ke rumah masing-masing dengan tenang dan aman.
Setelah itu Sultan memerintahkan untuk segera mengubah gereja menjadi masjid, supaya solat Jumaat dapat diadakan.Mereka menurunkan salib-salib, berhala-berhala dan menghapus semua gambar yang ada di dalamnya.Kemudian membuat sebuah mimbar untuk Khatib.
Malangnya dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan cubaan memurtadkan orang Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Majlis makan malam "Thanks Giving Dinner" yang turut dihadiri 12 orang Melayu Islam telah diperiksa Jabatan Agama Islam Selangor mengikut undang-undang. Pemeriksaan berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.Baca SINI dan SINI


Seperti dijangka, menyalaklah puak-puak Kristian seolah-olah JAIS telah melakukan kesalahan.Dan menyalak juga anjing-anjing DAP menyatakan bantahan dan menuduh JAIS telah melakukan 'serbuan', tidak beretika dan memberi tekanan kepada menteri besar selangor, Khalid Ibrahim supaya meminta maaf. Seperti biasa, portal pro-pembangkang Malaysiakini dan Malaysian Insider menjadi juara kepada DAP serta bukan muslim dan memfitnah JAIS melakukan SERBUAN dan TIDAK BERETIKA.


Lebih malang, mendukacitakan, menghibakan, memualkan dan menghinakan apabila terdapat sebilangan orang Islam di Malaysia sendiri turut mempersoalkan tindakan JAIS ini:

1. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari parti PKR dikatakan telah meminta maaf atas "serbuan" setelah didesak oleh Exco Selangor  Theresa Kok, Dr. Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong dalam mesyuarat MTES. Lebih menghairankan lagi apabila Khalid meminta semua Exco Selangor supaya tidak membuat kenyataan apabila Exco Selangor, Dr Hassan Ali dari parti PAS menyatakan sokongan kepada JAIS berdasarkan bukti-bukti kukuh.Baca SINI , SINI dan SINI


2. Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dari parti PAS menyatakan bantahan terhadap tindakan JAIS. Seperti biasa, Khalid Samad terkenal dengan isu-isu kontroversi apabila dilihat lebih cenderung kepada DAP berbanding kepentingan umat Islam. Baca SINI, SINI dan SINI


3. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang semakin "terperangkap" antara kegilaan ke Putrajaya dan kepentingan umat Islam di Malaysia. Setelah menukar strategi kepada kebajikan, perjuangan Islam telah dikesampingkan. Baca SINI dan SINI


Tidak terkecuali juga pihak-pihak yang suka menambah nasi, mencari populariti dan opportunis dalam segala isu yang berlaku terhadap umat Islam di Malaysia tanpa menyatakan pendirian mereka secara jelas tentang isu tersebut dan penyelesaian yang konkrit. Siapa lagi kalau bukan Dr Asri dan para peminatnya seperti Wardina.Baca SINI dan SINI


Mujur, di Malaysia kita masih mempunyai tokoh yang istiqamah dan gigh meperjuangkan Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan, jawatan dan undi pilihan raya seperti Zulkifli Nordin, Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Tantawi. Selain itu, mufti Selangor Dato' Seri Mohd Tamyes dan mufti Perak Dato' Seri Harussani turut menyatakan sokongan kepada tindakan JAIS.
Mengambil iktibar dari peristiwa pembukaan Konstantinopel dan Aya Sophia oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, dapat disimpulkan bahawa umat Islam amat bertoleransi terhadap bukan Islam. Namun, toleransi itu bukanlah ditahap membiarkan Aya Sophia (yang merupakan bangunan terhebat dan masyhur pada zamannya) terus menjadi gereja dan membiarkan Islam menjadi tenggelam dibayangi gereja tersebut.Apatah lagi membenarkan umat Islam dimurtadkan gereja tanpa tindakan yang keras! Kepada umat Islam yang masih mempertikaikan tidakan JAIS, lupakah kalian bahawa antara tugas Sayidina Abu Bakar setelah kewafatan Rasulullah SAW adalah MEMERANGI GOLONGAN MURTAD!


Mari kita renungkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran:149)


p/s: Masih menanti komen dan entri dari dua orang tokoh yang terkenal dikalangan mahasiswa / mahasiswi cenderung Islam, iaitu Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal. Kalau soal BERSIH, sangat PANTAS pula menyatakan sokongan.

Saturday, 6 August 2011

Bursa bandar kebab, sutera, ski, sejarah..

Bursa adalah bandar terakhir yang dikunjungi sebelum bertolak pulang ke Istanbul. Apa yang istimewanya di sini? Bandar ini pernah menjadi pusat kerajaan Usmaniyah dan dikatakan kerajaan tersebut diasaskan di sini oleh Osman Gazi dan diteruskan anaknya, Orhan Gazi. Selain itu, ia juga menjadi bandar utama perdagangan Sutera. Laluan sutera yang bersambung hingga ke negara China dikatakan berakhir di bandar ini. Perjalanan dari Canakkale ke Bursa boleh dikatakan yang paling cantik sepanjang kembara kami di bumi Turki ini. Di sebelah kiri jalan kami dihidangkan pemandangan laut Marmara manakalah disebelah kanannya dihidangkan dengan pemandangan bukit-bukit padang rumput hijau yang menyejukkan mata memandang.
 Koza Han: Boleh pulak makan-makan luar waktu sejuk ni
Dari stesen bas kami agak kehilangan arah untuk menuju ke otel gunes, tempat yang kami bakal duduki. Rupanya untuk ke sana, perlu menaiki bas ke ara Bursa Ulu Camii yang mengambil masa lebih kurang 20 minit, bergantung kepada keadaan trafik. Bandar Bursa ini boleh dikatakan terdapat campuran unsur moden dan tradisional pada bangunannya dan juga persekitarannya. Selepas mendaftar masuk, seorang pakcik yang agak ramah menegur kami. Beliau merupakan seorang guru disekolah berdekatan dan kelihatan lebih berminat dengan Denise berbanding dengan melayan aku dan Zaki.Ceh.
 The Famous Iskander Kebap
 Bapanya pernah berkunjung ke Malaysia. Anaknya malu-malu untuk bergambar
 Please come to this restaurant whenever you are in Bursa
Memang maklumat yang dikongsi pakcik itu sangat berguna. Beliau mencadangkan kami untuk makan malam di sebuah kedai sahabatnya yang terkenal dengan Iskander Kebap. Bursa adalah bandar dimana Iskander Kebap yang terkenal itu berasal. Iskander Kebap ini adalah daging kambing yang dipanggang dan dilumurkan bersama sos tomato, mentega dan juga yogurt. Roti pita juga turut disediakan dalam hidangan ini. Untuk melengkapkan hidangan, Iskander Kebap ini disertakan bersama air anggur yang sedap. Boleh dikatakan ini antara keluarga ’kebap’ yang paling sedap yang aku pernah rasa dan juga air anggur yang sungguh menyelerakan.
 Tarian Sufi Sema
Kami juga diberitahu terdapat tarian sufi Sema terdapat di sini dan dikatakan antara yang terbaik. Memang pengalaman menonton tarian Sema disini lebih ’terasa’ berbanding di Konya kerana anda dapat duduk ditempat yang sangat hampir dengan penari-penari tersebut.Sungguh dekat hinggakan angin yang terhasil dari pusingan kain yang dipakai menyinggah pipi anda!
 Uludag Ski Resort
Keesokannya kami bertolak ke Uludag, sebuah ski resort yang terletak di antara puncak tertinggi yang di bandar Bursa. Inilah pertama kali kami merasai pengalaman berski. Dengan segala peralatan ski boleh disewa, semua orang boleh merasai pengalaman berski atau meluncur papan di sini. Entah berapa kali, kami terjatauh sewaktu berjalan dari tempat menyewa ke tempat meluncur yang jaraknya hanya lebih kurang seratus meter. Malu? Tolak ketepi kerana semangat untuk berski lebih tinggi.ha ha.Alhamdulillah setelah terjatuh tidak terkira kesekian kalinya, boleh juga la aku meluncur ski pada tahap paralimpik.
 Pasukan Bursaspor turut bermain dalam Champions League!
Sejurus pulang ke bandar Bursa, kami bersolat di Bursa Ulu Camii. Masjid ini sangat cantik kerana didalamnya dihiasi pelbagai kaligrafi ayat-ayat Al-Quran dan juga nama-nama Allah.Seterusnya kami ke Koza Han, sebuah bazar sutera yang bukan sahaja bakal menggelapkan mata para isteri, bahkan juga membuatkan para suami mengalirkan air mata selaju pengliran wang yang dikeluarkan dari dompet. Memang Bursa bandar sutera!
 
 Bursa Ulu Camii

p/s: Selamat Berpuasa kepada semua! Best juga kalau dapat berbuka dengan Iskander Kebap :)

Kudaku lari gagah berani

Tidak, lagu Sharifah Aini ini tidak pernah bermain-main difikiranku sewaktu berkunjung ke kota purba yang terkenal dengan Kuda Trojan, Troy atau Truva. Kota Troy ini terletak di wilayah Canakkale, yang terletak dibahgian pantai selatan selat Dardanelles. Perjalanan dari Selcuk dengan bas pada jam 8 malam hanya akan tiba di bandar ini pada jam 4 pagi keesokan harinya. Pagi distesen bas agak meriah kerana terdapat warung teh yang masih dibuka pada jam 4pagi membolehkan kami memesan minuman panas dan sedikit roti untuk mengalas perut.
 Pakcik-pakcik di stesen bas yang baik hati menunjukkan jalan
 Replika kuda dalam filem Troy yang dilakonkan Brad Pitt
Ok, baiklah apa yang menariknya di Canakkale ini? Bandar tepi laut ini pernah menyaksikan pertempuran di antara askar Turki Uthmaniyah dengan pihak British dan Perancis yang bersatu sewaktu Perang Dunia Pertama. Perang Gallipoli adalah namanya kerana medan perangnya adalah di Gallipoli. Perang berlaku kerana sewaktu perang dunia pertama, Turki bersekutu dengan Jerman dan pihak British dan Perancis menyerang Turki bukan sahaja untuk menguasai wilayahnya, tetapi juga untuk membuka jalan ke laut hitam dan seterusnya ke Russia. Entah kenapa, tentera Australia dan New Zealand pula yang dihantar untuk berperang disini (ikutkan sejarah, orang kulit putih Australia dan New Zealand adalah puak-puak penyamun dan penyangak yang dibuang negeri dari jajahan British). Seperti biasa, orang British sangat licik menggunakan sesiapa sahaja termasuk Benggali, Muslim, orang Australia dan New Zealand berperang untuk pihak mereka. Lebih ironinya, pihak tentera Turki Utsmaniyah terpegun apabila musuh yang diperangi turut melaungkan kalimah Allahuakbar!
 Dur Yolcu! Stop Passerby! sign
Pakcik yang berasa bahagia walaupun ikannya kecil

Hasilnya, lebih 200,000 orang tentera terkorban dan cedera semasa peperangan. Tentera Turki Uthmaniyah yang diketuai Mustafa Kemal Attartuk berjaya menghalang serangan pihak British-Perancis ini dan menghalau mereka dari bumi Turki. Disebabkan ini, Attartuk dikenali sebagai perjuang kemerdekaan Turki. Namun melalui pembacaanku, mendapati ada yang mengatakan bahawa kemenangan Attartuk ini merupakan rancangan British untuk melenyapkan khilafah utsmaniyah dari muka bumi selama-lamanya. Ini kerana Attartuk yang merupakan seorang sekularis dan merupakan telah terbukti berjaya menghancurkan khilafah dan mewujudkan negara Turki yang sekular hingga ke hari ni.
  Attartuk
Seterusnya, Kota Troy dilawati dengan menaiki bas coaster kecil dari Canakkale.Kota Troy (penduduknya adalah orang-orang Trojan) inilah dimana berlakunya Perang Trojan seperti yang dikatakan didalam lagenda Greek purba. Perang terjadi apabila Paris (orang Troy) telah menculik Helen dari suaminya Menelaus, Raja Sparta. Menelaus yang berasa bengang (siapa tidak?) telah melancarkan  perang terhadap Troy melalui abangnya, Agamemnon, raja Mycenae. Dependekkan cerita, orang Greek gagal menguasai Troy dan berundur. Tetapi orang Greek ini telah meninggalkan kuda kayu yang merupakan haiwan suci bagi orang-orangTrojan sebagai ’hadiah’.
 Replika Kuda Troy



 Sekitar Kota Purba Troy
Orang-orang Trojan yang gembira mendapati orang Greek telah berundur telah membawa kuda kayu itu ke dalam kota mereka. Akan tetapi, mereka bercanggah pendapat tentang apa yang perlu dilakukan dengan kuda kayu gergasi tersebut. Ada yang mencadangkan supaya dibakar, ada yang mencadangkan supaya kuda disimpan sebagai persembahan kepada tuhan Athena. Akhirnya kuda tidak dibakar. Pada malam hari, orang Greek yang bersembunyi didalam kuda trojan tersebut telah keluar pada malam hari dan membunuh pengawal-pengawal kota tersebut. Tentera Greek yang bersedia untuk menyerang hendap telah merempuh kota Troy setelah mendapat isyarat dan seterusnya menguasai kota ini. Kisah ini telah difilemkan Hollywood ”Troy” dengan Brad Pitt adalah antara pelakon utama.


Sesungguhnya, kisah-kisah umat yang lalu adalah untuk diambil pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir

 The only bus attendant we managed to capture!

Friday, 5 August 2011

Warna-warna Selcuk

Sedar tak sedar, rupanya kembara kami di bumi Turki ini masuk hari ke enam. Sememangnya apabila dalam kembara, hari-hari berlalu tanpa disedari. Ketibaan kami di Selcuk pada jam sembilan malam disertai dengan perut yang merengek-rengek meminta diisi. Dalam kelaparan, kesejukan dan keletihan kami bergegas mencari arah ke ANZ Guesthouse, rumah tumpangan yang bakal didiami sepanjang berada di Selcuk. Pakcik Harry, tuan punya rumah yang ramah dan kelakar menyambut ketibaan kami yang agak kusut masai. Kekaguman dengan kunikan dan kecantikan guesthouse ini menyebabkan segala penat dan lelah hilang. Makan malam kami di restoran berhampiran meriah dengan kehadiran fellow travellers   berkongsi pengalaman masing-masing terutamanya pasangan John dan Mary (namanya tak berapa pasti) dari negeri-negeri amerika yang bersekutu.
 ANZ Guesthouse
Rupanya kami tidak bersendirian di ANZ. Terdapat juga dua orang pelajar subjek teologi kristian di Lubnan yang berasal dari Jerman turut bercuti disini. Satu soalan tidak bijak diajukan olehku kepada mereka ” Lepas habis belajar nanti, kerja kat mana?”. Namun, jawapan yang kuterima agak diluar jangkaan. ”Pastor barangkali, tapi kami lebih suka kerja dengan badan-badan kebajikan sebab jadi Pastor tak boleh kawin!”. Hatiku ketawa kecil, mana mungkin tak ada orang tak nak kawin kan? Lagipun mereka sendiri yang memberitahuku bahawa masing-masing sudah mempunyai teman lelaki. Boooo :P
 Prytaneion
 Curetes Street

  The Roman Theater
Siapa sangka, kami berpeluang berbasikal di bumi Turki. Itulah kelebihan ANZ, basikal boleh dipinjam secara percuma untuk meronda-ronda diseluruh bandar. Basikalnya walaupun agak kurang berjaga, tapi masih boleh digunakan dengan sakit kaki dan badan adalah hasilnya kelak :D. Kota purba Ephesus, salah sebuah tapak arkeologi utama dunia yang merupakan bekas kota purba Greek dan kemudiannya menjadi salah sebuah kota empayar Roman adalah destinasi pertama kami pada pagi itu.

 Library of Celsus
Ok, apa yang istimewanya kota Ephesus ini? Sudah tentu kerana kota ini sudah wujud pada zaman Greek purba (10 BC) dan kemudiannya menjadi kota empayar Rom kedua terbesar selepas bandar Roma di Italia itu sendiri. Di kota purba ini terdapat:
  • Roman Theater. Suka betul depa ni dengan teater, tapi rasanya kita zaman moden ni pun sebenarnya tiru depa dengan membina stadium sana sini diseluruh dunia (bentuk stadium pun macam Roman Theater)
  • Library of Celsus. Dibina oleh Tiberius Julius Celsus Polemaeanus dengan kekayaannya sendiri dan disambung oleh anaknya pula selpas itu. Dikatakan pernah menyimpan 12,000 skroll didalamnya.
  • Prytaneion. Sebuah bangunan untuk kaum-kaum musyrik.
  • Curetes Street. Sebuah jalan yang dahulunya dipenuhi kedai-kedai. Ala-ala Bintang Walk zaman dahulu kala.
Entah kenapa, kebanyakan pengunjung disini adalah warga emas yang menyertai lawatan berpakej. Ada yang dari Jerman, Korea, China dan juga Indonesia! Agak teruja dapat dengar Bahasa Indonesia di negara Turki. Baik banget bukk! Terjumpa juga pelajar Malaysia di Syria di sini.
 The Cave of Seven Sleepers, Selcuk

 Denise, after her accident. 
Destinasi seterusnya, the Cave of Seven Sleepers. Ya, tujuh orang yang tertidur Ashabul Kahfi yang tertidur didalam gua bersama seekor anjing seperti yang diceritakan Al-Quran. Sejauh mana kebenaran lokasi gua tersebut di Ephesus, hanya Allah mengetahuinya kerana terdapat juga lokasi lain yang dipercayai gua Ashabul Kahfi di Amman,Jordan. Kemudian, kami melawat Temple of Artemis, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Tetapi, hanya sebatang tiang sahaja dari kuil tersebut yang tinggal. Bagi kami ianya ajaib kerana indah kabar dari rupa. Seterusnya, kami menikmati makan tengah hari dan bersolat di Masjid Isa Bey, sebuah masjid lama yang dibina sejak zaman Turki Seljuk.
The Temple of Artemis, one of the 7 wonders of the world

 Isa Bey Mosque
 Ain't she cute? She was excited seeing chickens and roosters
Paling tidak dilupakan sewaktu solat maghrib-isya’ di bandar ini. Usai solat, muazzin masjid menjemput aku, zaki dan juga Denise ke kamarnya untuk menikmati secangkir teh. Menikmati teh panas pada waktu sejuk 2darjah celcius adalah sangat membahagiakan. Ozay, pemuda yang baik hati tidak jemu-jemu berbicara dengan kami walaupun pertuturan bahasa inggerisnya tidak begitu lancar. Kebaikanmu kami hargai! Selepas menikmati makan malam, kami bersiap sedia ke stesen bas untuk ke destinasi seterunya. Sempat juga bergaduh dengan pakcik di kaunter tiket kerana dia tidak berpuas hati denganku. Ha ha. Teruk betul.
Genuine Fake Watches??
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu; kebanyakan mereka adalah orang musyrik. (Surah Ar-Rum:42)

Kuda Trojan, next!