Friday, 5 August 2011

Warna-warna Selcuk

Sedar tak sedar, rupanya kembara kami di bumi Turki ini masuk hari ke enam. Sememangnya apabila dalam kembara, hari-hari berlalu tanpa disedari. Ketibaan kami di Selcuk pada jam sembilan malam disertai dengan perut yang merengek-rengek meminta diisi. Dalam kelaparan, kesejukan dan keletihan kami bergegas mencari arah ke ANZ Guesthouse, rumah tumpangan yang bakal didiami sepanjang berada di Selcuk. Pakcik Harry, tuan punya rumah yang ramah dan kelakar menyambut ketibaan kami yang agak kusut masai. Kekaguman dengan kunikan dan kecantikan guesthouse ini menyebabkan segala penat dan lelah hilang. Makan malam kami di restoran berhampiran meriah dengan kehadiran fellow travellers   berkongsi pengalaman masing-masing terutamanya pasangan John dan Mary (namanya tak berapa pasti) dari negeri-negeri amerika yang bersekutu.
 ANZ Guesthouse
Rupanya kami tidak bersendirian di ANZ. Terdapat juga dua orang pelajar subjek teologi kristian di Lubnan yang berasal dari Jerman turut bercuti disini. Satu soalan tidak bijak diajukan olehku kepada mereka ” Lepas habis belajar nanti, kerja kat mana?”. Namun, jawapan yang kuterima agak diluar jangkaan. ”Pastor barangkali, tapi kami lebih suka kerja dengan badan-badan kebajikan sebab jadi Pastor tak boleh kawin!”. Hatiku ketawa kecil, mana mungkin tak ada orang tak nak kawin kan? Lagipun mereka sendiri yang memberitahuku bahawa masing-masing sudah mempunyai teman lelaki. Boooo :P
 Prytaneion
 Curetes Street

  The Roman Theater
Siapa sangka, kami berpeluang berbasikal di bumi Turki. Itulah kelebihan ANZ, basikal boleh dipinjam secara percuma untuk meronda-ronda diseluruh bandar. Basikalnya walaupun agak kurang berjaga, tapi masih boleh digunakan dengan sakit kaki dan badan adalah hasilnya kelak :D. Kota purba Ephesus, salah sebuah tapak arkeologi utama dunia yang merupakan bekas kota purba Greek dan kemudiannya menjadi salah sebuah kota empayar Roman adalah destinasi pertama kami pada pagi itu.

 Library of Celsus
Ok, apa yang istimewanya kota Ephesus ini? Sudah tentu kerana kota ini sudah wujud pada zaman Greek purba (10 BC) dan kemudiannya menjadi kota empayar Rom kedua terbesar selepas bandar Roma di Italia itu sendiri. Di kota purba ini terdapat:
  • Roman Theater. Suka betul depa ni dengan teater, tapi rasanya kita zaman moden ni pun sebenarnya tiru depa dengan membina stadium sana sini diseluruh dunia (bentuk stadium pun macam Roman Theater)
  • Library of Celsus. Dibina oleh Tiberius Julius Celsus Polemaeanus dengan kekayaannya sendiri dan disambung oleh anaknya pula selpas itu. Dikatakan pernah menyimpan 12,000 skroll didalamnya.
  • Prytaneion. Sebuah bangunan untuk kaum-kaum musyrik.
  • Curetes Street. Sebuah jalan yang dahulunya dipenuhi kedai-kedai. Ala-ala Bintang Walk zaman dahulu kala.
Entah kenapa, kebanyakan pengunjung disini adalah warga emas yang menyertai lawatan berpakej. Ada yang dari Jerman, Korea, China dan juga Indonesia! Agak teruja dapat dengar Bahasa Indonesia di negara Turki. Baik banget bukk! Terjumpa juga pelajar Malaysia di Syria di sini.
 The Cave of Seven Sleepers, Selcuk

 Denise, after her accident. 
Destinasi seterusnya, the Cave of Seven Sleepers. Ya, tujuh orang yang tertidur Ashabul Kahfi yang tertidur didalam gua bersama seekor anjing seperti yang diceritakan Al-Quran. Sejauh mana kebenaran lokasi gua tersebut di Ephesus, hanya Allah mengetahuinya kerana terdapat juga lokasi lain yang dipercayai gua Ashabul Kahfi di Amman,Jordan. Kemudian, kami melawat Temple of Artemis, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Tetapi, hanya sebatang tiang sahaja dari kuil tersebut yang tinggal. Bagi kami ianya ajaib kerana indah kabar dari rupa. Seterusnya, kami menikmati makan tengah hari dan bersolat di Masjid Isa Bey, sebuah masjid lama yang dibina sejak zaman Turki Seljuk.
The Temple of Artemis, one of the 7 wonders of the world

 Isa Bey Mosque
 Ain't she cute? She was excited seeing chickens and roosters
Paling tidak dilupakan sewaktu solat maghrib-isya’ di bandar ini. Usai solat, muazzin masjid menjemput aku, zaki dan juga Denise ke kamarnya untuk menikmati secangkir teh. Menikmati teh panas pada waktu sejuk 2darjah celcius adalah sangat membahagiakan. Ozay, pemuda yang baik hati tidak jemu-jemu berbicara dengan kami walaupun pertuturan bahasa inggerisnya tidak begitu lancar. Kebaikanmu kami hargai! Selepas menikmati makan malam, kami bersiap sedia ke stesen bas untuk ke destinasi seterunya. Sempat juga bergaduh dengan pakcik di kaunter tiket kerana dia tidak berpuas hati denganku. Ha ha. Teruk betul.
Genuine Fake Watches??
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu; kebanyakan mereka adalah orang musyrik. (Surah Ar-Rum:42)

Kuda Trojan, next!

No comments:

Post a Comment