Koza Han: Boleh pulak makan-makan luar waktu sejuk ni
Dari stesen bas kami agak kehilangan arah untuk menuju ke otel gunes, tempat yang kami bakal duduki. Rupanya untuk ke sana, perlu menaiki bas ke ara Bursa Ulu Camii yang mengambil masa lebih kurang 20 minit, bergantung kepada keadaan trafik. Bandar Bursa ini boleh dikatakan terdapat campuran unsur moden dan tradisional pada bangunannya dan juga persekitarannya. Selepas mendaftar masuk, seorang pakcik yang agak ramah menegur kami. Beliau merupakan seorang guru disekolah berdekatan dan kelihatan lebih berminat dengan Denise berbanding dengan melayan aku dan Zaki.Ceh.
The Famous Iskander Kebap
Bapanya pernah berkunjung ke Malaysia. Anaknya malu-malu untuk bergambar
Please come to this restaurant whenever you are in Bursa
Memang maklumat yang dikongsi pakcik itu sangat berguna. Beliau mencadangkan kami untuk makan malam di sebuah kedai sahabatnya yang terkenal dengan Iskander Kebap. Bursa adalah bandar dimana Iskander Kebap yang terkenal itu berasal. Iskander Kebap ini adalah daging kambing yang dipanggang dan dilumurkan bersama sos tomato, mentega dan juga yogurt. Roti pita juga turut disediakan dalam hidangan ini. Untuk melengkapkan hidangan, Iskander Kebap ini disertakan bersama air anggur yang sedap. Boleh dikatakan ini antara keluarga ’kebap’ yang paling sedap yang aku pernah rasa dan juga air anggur yang sungguh menyelerakan.
Tarian Sufi Sema
Kami juga diberitahu terdapat tarian sufi Sema terdapat di sini dan dikatakan antara yang terbaik. Memang pengalaman menonton tarian Sema disini lebih ’terasa’ berbanding di Konya kerana anda dapat duduk ditempat yang sangat hampir dengan penari-penari tersebut.Sungguh dekat hinggakan angin yang terhasil dari pusingan kain yang dipakai menyinggah pipi anda!
Uludag Ski Resort
Keesokannya kami bertolak ke Uludag, sebuah ski resort yang terletak di antara puncak tertinggi yang di bandar Bursa. Inilah pertama kali kami merasai pengalaman berski. Dengan segala peralatan ski boleh disewa, semua orang boleh merasai pengalaman berski atau meluncur papan di sini. Entah berapa kali, kami terjatauh sewaktu berjalan dari tempat menyewa ke tempat meluncur yang jaraknya hanya lebih kurang seratus meter. Malu? Tolak ketepi kerana semangat untuk berski lebih tinggi.ha ha.Alhamdulillah setelah terjatuh tidak terkira kesekian kalinya, boleh juga la aku meluncur ski pada tahap paralimpik.
Pasukan Bursaspor turut bermain dalam Champions League!
Sejurus pulang ke bandar Bursa, kami bersolat di Bursa Ulu Camii. Masjid ini sangat cantik kerana didalamnya dihiasi pelbagai kaligrafi ayat-ayat Al-Quran dan juga nama-nama Allah.Seterusnya kami ke Koza Han, sebuah bazar sutera yang bukan sahaja bakal menggelapkan mata para isteri, bahkan juga membuatkan para suami mengalirkan air mata selaju pengliran wang yang dikeluarkan dari dompet. Memang Bursa bandar sutera!
Bursa Ulu Camii
p/s: Selamat Berpuasa kepada semua! Best juga kalau dapat berbuka dengan Iskander Kebap :)
No comments:
Post a Comment