Saturday, 6 August 2011

Kudaku lari gagah berani

Tidak, lagu Sharifah Aini ini tidak pernah bermain-main difikiranku sewaktu berkunjung ke kota purba yang terkenal dengan Kuda Trojan, Troy atau Truva. Kota Troy ini terletak di wilayah Canakkale, yang terletak dibahgian pantai selatan selat Dardanelles. Perjalanan dari Selcuk dengan bas pada jam 8 malam hanya akan tiba di bandar ini pada jam 4 pagi keesokan harinya. Pagi distesen bas agak meriah kerana terdapat warung teh yang masih dibuka pada jam 4pagi membolehkan kami memesan minuman panas dan sedikit roti untuk mengalas perut.
 Pakcik-pakcik di stesen bas yang baik hati menunjukkan jalan
 Replika kuda dalam filem Troy yang dilakonkan Brad Pitt
Ok, baiklah apa yang menariknya di Canakkale ini? Bandar tepi laut ini pernah menyaksikan pertempuran di antara askar Turki Uthmaniyah dengan pihak British dan Perancis yang bersatu sewaktu Perang Dunia Pertama. Perang Gallipoli adalah namanya kerana medan perangnya adalah di Gallipoli. Perang berlaku kerana sewaktu perang dunia pertama, Turki bersekutu dengan Jerman dan pihak British dan Perancis menyerang Turki bukan sahaja untuk menguasai wilayahnya, tetapi juga untuk membuka jalan ke laut hitam dan seterusnya ke Russia. Entah kenapa, tentera Australia dan New Zealand pula yang dihantar untuk berperang disini (ikutkan sejarah, orang kulit putih Australia dan New Zealand adalah puak-puak penyamun dan penyangak yang dibuang negeri dari jajahan British). Seperti biasa, orang British sangat licik menggunakan sesiapa sahaja termasuk Benggali, Muslim, orang Australia dan New Zealand berperang untuk pihak mereka. Lebih ironinya, pihak tentera Turki Utsmaniyah terpegun apabila musuh yang diperangi turut melaungkan kalimah Allahuakbar!
 Dur Yolcu! Stop Passerby! sign
Pakcik yang berasa bahagia walaupun ikannya kecil

Hasilnya, lebih 200,000 orang tentera terkorban dan cedera semasa peperangan. Tentera Turki Uthmaniyah yang diketuai Mustafa Kemal Attartuk berjaya menghalang serangan pihak British-Perancis ini dan menghalau mereka dari bumi Turki. Disebabkan ini, Attartuk dikenali sebagai perjuang kemerdekaan Turki. Namun melalui pembacaanku, mendapati ada yang mengatakan bahawa kemenangan Attartuk ini merupakan rancangan British untuk melenyapkan khilafah utsmaniyah dari muka bumi selama-lamanya. Ini kerana Attartuk yang merupakan seorang sekularis dan merupakan telah terbukti berjaya menghancurkan khilafah dan mewujudkan negara Turki yang sekular hingga ke hari ni.
  Attartuk
Seterusnya, Kota Troy dilawati dengan menaiki bas coaster kecil dari Canakkale.Kota Troy (penduduknya adalah orang-orang Trojan) inilah dimana berlakunya Perang Trojan seperti yang dikatakan didalam lagenda Greek purba. Perang terjadi apabila Paris (orang Troy) telah menculik Helen dari suaminya Menelaus, Raja Sparta. Menelaus yang berasa bengang (siapa tidak?) telah melancarkan  perang terhadap Troy melalui abangnya, Agamemnon, raja Mycenae. Dependekkan cerita, orang Greek gagal menguasai Troy dan berundur. Tetapi orang Greek ini telah meninggalkan kuda kayu yang merupakan haiwan suci bagi orang-orangTrojan sebagai ’hadiah’.
 Replika Kuda Troy



 Sekitar Kota Purba Troy
Orang-orang Trojan yang gembira mendapati orang Greek telah berundur telah membawa kuda kayu itu ke dalam kota mereka. Akan tetapi, mereka bercanggah pendapat tentang apa yang perlu dilakukan dengan kuda kayu gergasi tersebut. Ada yang mencadangkan supaya dibakar, ada yang mencadangkan supaya kuda disimpan sebagai persembahan kepada tuhan Athena. Akhirnya kuda tidak dibakar. Pada malam hari, orang Greek yang bersembunyi didalam kuda trojan tersebut telah keluar pada malam hari dan membunuh pengawal-pengawal kota tersebut. Tentera Greek yang bersedia untuk menyerang hendap telah merempuh kota Troy setelah mendapat isyarat dan seterusnya menguasai kota ini. Kisah ini telah difilemkan Hollywood ”Troy” dengan Brad Pitt adalah antara pelakon utama.


Sesungguhnya, kisah-kisah umat yang lalu adalah untuk diambil pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir

 The only bus attendant we managed to capture!

No comments:

Post a Comment